Salam n Salawat buat rasul junjungan Nabi kita Muhammad saww berserta para aimmah yg suci, khususnya buat Imam zaman Al Muntazar AFS.
Sebab apa korang nampak salawat aku agak lain sikit kalini? Menurut pemahaman dan ilmu yang aku sedang kaji sekarangni.. Kita sekarang di era zaman Al Mahdi yakni Imam pada zaman ini, dan setiap makhluk Allah wajib berurusan dengan beliau afs hatta di dalam hal apapon. Kalau tidak, takdelah kita dengar ceramah tok2 guru kita yang mengatakan, pada setiap tahun bulan ramadzon yakni hari ke-23, seluruh makhluk Allah yang taat dan patuh sepertimana para Malaikat akan berduyun2 turun ke bumi dan bersalaman dengan 'Orang Soleh.'.
Bermakna, kejadian2 ini telah berlangsung sejak zaman rasulullah saww lagi. Pada zaman baginda.Dan pada zaman2 berikutnya juga terjadi. Sebab itu menguatkan hujjah akal yang mengatakan selepas Nabi saww ada 12 Orang Pemimpin yakni IMAM sebagai pembimbing umat Nabi dan mengajarkan segala-galanya tentang Allah. Sehingga tibanya zaman IMAM yang terakhir yakni Al Mahdi AFS.. yang akan menggulung agama Allah sehingga menggapai kemenangan, sepertimana yang termaktub di dalam al-quran.
"Barangsiapa yang mengambil Allah, Rasul serta Orang-orang yang beriman menjadi penolong, sesungguhnya pengikut agama Allah tersebutlah yang akan menang." QS Al Maeda ayat 56.
Dan yang lebih dahsyat lagi dalam pengkajian aku tentang Imam mahdi afs yang terkini, aku menemui beberapa hadis berkenaan dengan 12 Khalifah Imam Mahdi yang digelarkan Mahdi-Mahdi. menurut logik akalku, rupanya hadis tentang 12 orang Khalifah Allah dari bangsa Quraisy tersebut MUNGKIN menunjukkan para Khalifah ini. Sebab apa, sepertimana riwayat hadis2 dari Keluarga Nabi saww, Imam Mahdi AFS akan syahid diracun selepas kemunculan beliau setelah beberapa tahun memerintah. Dan dunia masih belum kiamat lagi pada masa tersebut. Dalam riwayat ada 1000 tahun lagi dunia ini sebelum tiba hari kebangkitan. Ini juga menguatkan hujjah bahawa selepas berakhirnya kekuasaan Imam Allah dan rasul-Nya yang terakhir, akan berlaku pemerintahan para penguasa-penguasa Al Mahdi yang juga akan bersilih ganti sehingga Al Mahdi yang ke-12.
Namun harus diingatkan, ini bukan peringkat Mutawattir pon lagi, masih dalam pengkajian. InsyaAllah.
Semuga segala pemikiran kita tentang Allah dan rasul-Nya akan dibukakan jalan seterusnya. Ini doa dariku untuk semua sang pecinta kebenaran yang hakiki.
Allahhumasolli'ala Muhammad Wa Aali Muhammad, Al Aimmah wa Mahdiyyun tasliman kasiro.
Ini adalah tulisan tentang self-help yang panjang berjela dan paling
melalut yang anda pernah baca
-
Manusia duduk setempat bercucuk tanam dan memelihara haiwan ternakan
bermula sekitar 10 ribu tahun dahulu saja. Sebelum itu dalam jangka masa
yang amat lam...
1 week ago