Semalam baru pulang dan hari ini, terus memakai pakaian yang sama iaitu kesedihan dan kesulitan. Ceritera manusia di dalam kalam suci tak pernah mengkabarkan tentang kegembiraan si pecinta. Onak dan badai dilalui bahkan kezaliman demi kezaliman cuba dipraktikkan untuk menghancurkan jiwa suci manusia. Dengan sebab ini, para manusia Ilahi diutuskan untuk mengembalikan fitrahnya kehidupan yang sebenar. Namun mereka juga disanggah dan dibunuh sama ada diracun atau dikorbankan.
Masa terus berlalu, tak seminit pun tertinggal dan inilah amanah untuk para hamba memunafaatkannya dan ibadah itu adalah suatu pergerakan semuanya berkenaan kebaikan. Tiada satu pun yang dapat memasukkan kebathilan dan juga kebenaran itu menjadi satu. Inilah hakikat kebaikan.
Suara-suara nyaring berbunyi bagaikan teriakan Si Iblis memanggil haiwani memaklumkan tentang sehidang makanan yang akan turun dari langit ketika dia iaitu Adam [as] tercampakkan. Sejak hari pertama lagi, praktikal demi praktikal telah dimasukkan ke dalam jiwa manusia yang suci sehingga bertebaranlah sampah sarap yang akhirnya mengotorkannya.
Apa dan untuk siapa kita berjuang? Sebenarnya untuk diri dan jiwa yang akan dipertanggungjawabkan dengan segala perilaku. Inilah sebuah ketetapan iaitu ujian dan larangan, siapa yang terbaik amalan mereka.
Berbicaralah tentang diri dan akhirnya kau temui siapa yang telah melebarkan sayap-sayap ketenangan dan kegembiraan di dalam erosimu. Umpama mencari bekas-bekas yang berserakan terpaksa menggapai kembali kesucian itu tanda syukur dilahirkan sebagai seorang insan yang bergelar 'manusia'. Karena pada permulaan sebuah amanat itu jiwa-jiwa sang pemberanilah yang sanggup menyintai untuk sebuah CINTA.
Layarkanlah ketenangan itu setelah kau jalani setiap langkahmu dengan kesedihan dan kesulitan karena apa yang dijanjikan itu adalah sebuah janji Agung yang akan membezakan keimanan dan ketakwaan. Salam ke atas kalian yang membawa aku terbang ke 'Arasy Dia.
Ini adalah tulisan tentang self-help yang panjang berjela dan paling
melalut yang anda pernah baca
-
Manusia duduk setempat bercucuk tanam dan memelihara haiwan ternakan
bermula sekitar 10 ribu tahun dahulu saja. Sebelum itu dalam jangka masa
yang amat lam...
1 week ago