Keindahan sesuatu dapat d nilai dengan sesuatu yang amat payah d mengertikan. Prinsip hidup dan keyakinan adalah yang paling utama d dalam sebuah penghidupan. Apa yang d yakini itulah yg akan menjadi pendorong pada sesuatu gerakan.
Percaya pada konsep Ketuhanan contohnya, ia amat penting untuk seseorang yang berugama yg memaparkan keyakinan yang tuluz dan tiada tolok bandingnya. Ini dapat d rumuzkan nahawa setiap manusia itu perlulah menghormati ketauhidan dan keimanan para hamba yang lain kerana ia mempunyai suatu identity yg jitu.
Dah dua hari aku baca novel 'ayat-ayat cinta' karya habiburrahman syirazzi. dengan penggunaan pengalaman yang luas serta ilmu2 yg telah mengharmonizkan jalan cerita buku ini membuatkan aku teruz melekat ingin tahu tentang pemikirannya penulis tersebut.
Nabi saw pernah bersabda tuntutlah ilmu sedari d dalam buaian hinggalah ke liang lahad. Sabda Baginda ini amatlah dalam pengertian kalau kita menghuraikan dengan ilmu yang kita pelajari. Kekosongan jiwa boleh d rungkaikan dengan membaca dan menukilkan sesuatu. Membaca juga adalah jambatan ilmu. Kata2 ini terngiang-ngiang d sudut pemikiranku. Aku masih ingat lagi, ketika akau d dalam kelas darjah lima, masa tu guru kelas kami cikgu zainuddin yang begitu relex n kool mengajarkan kami ilmu2 yang berguna. Dialah yang telah melafazkan ungkapan membaca jambatan ilmu ini. Dan kami d arahkan membuat lukisan yang menggunakan huruf2 d dalam blog untuk lukisan poster. Teringat kembali zaman kanak2 kami yang begitu mengasyikkan dan sentiasa ingin belajar apa yang lalu d depan mata.
Dua tiga hari ni aku amat konfiden dan sentiasa melakukan tindakan2 yang amat drastik seperti ada sesuatu keyakinan yang menusuk teruz d dalam mindaku. Aku perbuatkan apa yang aku fikirkan kena dan tidak melanggar batas2 hukum Allah dan aku tidak mahu memikirkan sesiapa pon yang mahu menegurku, silakan. Aku banyak melayan perasaan yang amat tenang dan ada kalanya pemikiran aku nampak standart saja. Soal2 agama sekarang ni aku lebih open. Dan Teman2 sekerjaku amat rapat denganku walaupon sikapku kadang2 menyusahkan mereka dan menyenangkan aku.
Pemikiran kita akan menjadi lebih terbuka kalau kita sentiasa memulihkan dengan pengalaman2 baru serta perbanyakkan jenis2 pembacaan. Itu yang aku rumuskan, bagaimana sikapku yang lebih banyak berfikir sebelom aku melakukan sesuatu. Dan jika setiap perbuatanku itu pasti sudah ku tahu akhirnya nanti(risiko) apa yang akan terjadi.
Di dalam kehidupan yang amat payah bagi para hamba yang memikirkan kepayahan duniawi ini, suatu tujuan perlu d arahkan. Dan apapon yang kita coretkan pastikan tujuan kita tetap sama. Aku membayangkan pada ketika umurku 40 tahun, targetku, aku mahu pencen sudah. pencen bukan bermakna relex setelah penat bekerja, namun pencen yang mendatangkan munafaat pada setiap perbuatan yang aku lakukan kini. Ini menjadi satu tunjang yang kukuh dalam diriku. Aku tak kisah kalau pelbagai pengalaman yang aku tempuh kini menyukarkan, pahit,manis , pedih dan adakalanya tertekan namun, targetku tetap yang sama. Dan aku hanya berserah pada takdir Allah selepaz aku berusaha sebaik mungki n sesuai dengan kemampuanku. Aku perlu banyak berusaha, belajar, bersedeqah dan yang terakhir sekali berdoa. Inilah yang akan mengubah takdir hidup manusia. InsyaAllah.
Lepas ni aku nk continue lagi baca buku ayat-ayat cinta ni. Sekarang baru sampai part Si Fahri membalas surat Nurul untuk membina semula kekuatan Nurul yang agak goyah selepaz cintanya d tolak. Dan aku terus menunggu2 berita tentang Maria, yang akhir sekali wataknya d masukkan selepas semasa dia bersama adiknya menziarahi kediaman baru Fahri dan Aisha. Aku rasa aku mengkagumi watak Maria kerana pengarang berjaya mengeluarkan faktor-faktor yang amat menarik tentang Maria. Maria jadi aper yerk lepas ni... kita sambung lagi.. byee...